08 August 2020

2.8 Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Secara Tebus Talak

Iddah tiga kali suci bagi talak.

Iddah satu kali suci bagi fasakh.

2.7 Persoalan Berkenaan Bilangan Talak.

Persoalan yang timbul dalam bahagian ini adalah sama ada bilangan talak yang dimiliki oleh suami yang telah menceraikan isterinya secara tebus talak berkurang ataupun tidak.

2.6 Kesan Daripada Tebus Talak

Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa perceraian secara tebus talak adalah merupakan kategori talak bain. Talak bain ini akan membawa kesan-kesan yang berikut.

  1. Suami dan isteri tidak boleh merujuk kembali sepanjang tempoh iddah kecuali melalui akad dan mahar yang baru.
  2. Si isteri tidak berhak untuk menuntut nafkah iddah sepanjang tempoh iddahnya.

2.5 Jenis Talak

Perceraian secara tebus talak telah disepakati oleh jumhur ulama' bahawa ia adalah termasuk dibawah kategori talak bain sughra. 

Talak terbahagi kepada tiga kategori:

  1. Talak Raji'e: Talak yang dijatuhkan oleh suami kurang daripada 3. Suami isteri yang bercerai melalui talak raji'e boleh merujuk kembali tanpa akada dan mahar baru dalam tempoh iddah.
  2. Talak Bain Sughra: Talak yang kurang daripada 3, suami isteri yang berpisah melalui talak ini tidak boleh merujuk kembali sepanjang tempoh iddah melainkan melalui akad dan mahar yang baru. Antara kaedah perceraina yang termasuk di bawah talak bain sughra ini ialah, fasakh, tebus talak, perceraian secara hakam, isteri yang diceraikan dalam keadan yang masih belum disetubuhi.
  3. Talak Bain Kubra: Talak yang dijatuhkan dengan bilangan 3 talak sama ada secara berasingan ataupu sekaligus. Suami isteri tidak boleh merujuk kembali buat selama-lama kecuali si isteri telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan telah disetubuhi kemudian diceraikan ataupun suami baharunya itu meninggal dunia dan telah tamat tempoh iddahnya. Kemudian barulah isteri tersebut boleh menikahi suaminya yang sebelum ini melalui akad dan mahar yang baharu.


07 August 2020

3.1.1 Seksyen 49 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004

 Seksyen 49. Perceraian khul' atau cerai tebus talaq

(1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara khul' atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menyebabkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara khul' dan perceraian itu adalah ba-in sughra atau tak boleh diruju'.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan khul' atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana yang diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah terpakai sewajarnya.


06 August 2020

3.1 Peruntukan Undang-Undang Berkenaan Tebus Talak

Berdasarkan kepada Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hal ehwal agama Islam adalah tertaluk dibawah bidang kuasa negeri-negeri termasuklah berkaitan dengan peruntukan undang-undang syariah. Oleh yang demikian perceraian khul' atau cerai tebus talaq terletak dibawah eknamen keluarga islam di setiap negeri.
        Secara umumnya peruntukan berkaitan cerai tebus talaq ini berada di bawah Seksyen 49, Bahagian v, Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri kecuali bagi Negeri Terengganu yang mana peruntukan tersebut berada di bawah seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 dan Negeri Sarawak di bawah seksyen 47 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001.

Peruntukan cerai tebus talaq berada di bawah enakmen berikut mengikut negeri masing-masing:
  1. Perak: Sek. 49 Enakmen Keluarga Islam Perak 2004
  2. Pulau Pinang: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
  3. Kedah: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008
  4. Perlis: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 [Pindaan 2008]
  5. Pahang: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005
  6. Kelantan: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002
  7. Terengganu: Sek. 46 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1985
  8. Selangor: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
  9. Melaka: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002
  10. Negeri Sembilan: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003
  11. Johor: Fasal. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003
  12. Sabah: Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004
  13. Sarawak: Sek. 47 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001
  14. Wilayah Persekutuan: Sek. 49 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Pindaan 2002.

04 August 2020

2.3 Syarat-syarat ijab dan kabul tebus talak

Antara syarat-syarat ijab dan kabul bagi tebus talak ialah:
  1. Lafaz tebus talak tidak boleh diselangi dengan lafaz-lafaz lain yang tidak ada kaitan dengan tebus talak.
  2. Ijab dan kabul tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama.
  3. Mestilah bersamaan dan tepat maksud di anatara ijab dan kabul. 
Contohnya:
Suami: "Saya ceraikan engkau dengan RM 1000."
Isteri: "Saya terima."
Ataupun lafaz yang lain:

Isteri: "Engkau khuluk kan saya dengan RM 1000."
Suami: "Saya khuluk kan engkau." 
Jika syarat-syarat ini tidak dapat dipenuhi akad ijab dan kabul tersebut boleh menjadi akan yang fasid dah tidak sah perlakuan tebus talak atau khuluknya itu. Walaubagaimanapun, lafaz bagi perceraian secara tebsu talak di mahkamah syariah mempunyai bentuk yang tersendiri berpandukan kepada arahan amalan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
 

1.2.2 Definisi tebus talak dari sudut syarak dan istilah.

Tebus talak atau khuluk diberikan takrifan yang pelbagai oleh para ulama atau imam mazhab fiqh. Namun ianya tetap membawa kepada satu makna dan matlamat yang sama di sisi syarak. Takrifan yang akan dikemukakan ini adalah merujuk kepada mazhab fiqh yang utama.

  1. Mazhab Syafie:
  • Imam syafie: Khuluk adalah perceraian dengan bayaran ganti melalui lafaz talak ataupun lafaz khuluk. Contohnya "Saya talakkan engkau, atau Saya khulukkan engkau dengan bayaran yang sekian" (al-Syazbini 1997)
  • Imam Nawawi: Khuluk adalah perpisahan isteri dengan bayaran. (al-Nawawi t.t)
       2. Mazhab Hanafi:
  • Imam Abu Hanifah: Khuluk ialah menghilangkan pemilikan nikah dengan penerimaan oleh wanita (isteri) melalui lafaz khuluk atau perkataan lain yang membawa makna yang sama. 
       3. Mazhab Maliki: 
  • Imam Malik: Khuluk adalah perceraian dengan bayaran ganti sama ada dibayar oleh isteri atau walinya atau selain daripada keduanya ataupun peceraian dengan lafaz khuluk (al-Zuhayli 1989)
       4. Mazhab Hambali:
  • Imam Hambali: Khuluk merupakan perpisahan di antara suami dan isteri dengan bayaran ganti atau balasan (I'wadh) yang diambil daripada milikan isteri atau orang selainya dengan lafaz yang khusus. (al-Zuhayli 1989)
Kesimpulannya, pembubaran perkahwinan secara tebus talak ini adalah dari pihak isteri dan disertai dengan sesuatu harta sebagai imbalan atau pampasan kepada suami kerana menjatuhkan talak ke atas dirinya.

1.2.1 Definisi tebus talak dari sudut bahasa.

Seorang lelaki atau suami telah diberikan kuasa untuk menjatuhkan talak kepada dirinya. Walaubagaimanapun ini bukan bermaksud si isteri tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengajukan pembubarkan perkahwinan. Dalam Islam isteri boleh meminta untuk perkahwinan dibubarkan melalui dua kaedah iaitu secara fasakh ataupun secara tebus talak (Mahmood Zuhdi 1989)

        Dari sudut bahasa tebus talak atau khuluk bermaksud tanggal atau menghilangkan (al-Zuhayli 1989). Maksud ini berasal daripada ''Khala'a al-thauba" iaitu menaggalkan pakaian kerana isteri diumpamakan sebagai pakaian bagi suami dan begitu juga sebaliknya (Zaleha & Raihanah 2002). Ini juga bertepatan dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah melalui ayat 187:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ 
Maksudnya: mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.

    Zaini Nasohah 2011 menjelaskan maksud tanggal ataupun menghilangkan di sini ialah seorang lelaki melepaskan isterinya atau seorang perempuan melepaskan diri daripada suaminya dalam konteks pembubaran ikatan perkahwinan.
        Secara asasnya dapat difahami bahawa seorang isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkhawinan bersama suami melalui kaedah tebus talak ataupun khuluk.

2.4 Masa untuk melakukan tebus talak

Tebus talak atau khuluk tidak diikatkan kepada masa tertentu. Ia boleh dilakukan sama ada isteri berada dalam keadaan suci ataupun haid. Nabi s.a.w ketika mana isteri Tsabit Bin Qais datang berjumpa untuk melakukan tebus talak, baginda tidak bertanya kepadanya sama ada dia berada dalam keadaan suci atau pun haid. Ini menjadi dalil kepada tiada masa yang diikatkan untuk melakukan tebus talak atau khuluk.

2.2 Syarat-syarat tebus talak

Antara syarat-syarat dalam tebus talak ialah:

  1. Kelayakan suami untuk menjatuhkan talak. Suami mestilah seorang yang baligh dan berakal serta mumayyiz.
  2. Kelayakan isteri. Isteri tersebut mestilah seorang isteri yang sah melalui akad perkahwinan sama telah disetubuhi atau belum walaupun dia telah diceraikan secara talak raj'ie dan masih berada dalam tempoh iddah. Dia juga mestilah seorang yang baligh dan berakal serta berkelayakan untuk menjalankan transaksi terhadap hartanya.
  3. Harta yang dijadikan sebagai balasan kepada tebus talak mestilah harta yang sah untuk dijadikan sebagai mahar.

01 August 2020

1.3.3 Sirah Nabawiyyah berkaitan tebus talak.

Kisah sirah nabawi yang ada di dalam Islam adalah berkaitan dengan perihal isteri Tsabit Bin Qais yang ingin menebus talak dirinya daripada Tsabit. Zaini Nasohah 2011 dalam kajianya meringkaskan kisah yang terjadi disebalik perlaksanaan hukum tebus talak melalui penelitian kepada hadis-hadis rasulullah s.a.w. Menurut pendapat orang Madinah isteri kepada Tasbit yang dinyatakan dalam hadis pensyariatan tebus talak atau khuluk tersebut bernama Jamilah Binti Salul. Bagi golongan Basrah pula nama isteri Tsabit tersebut adalah Habibah Binti Sahl. dalam riwayat lain ada juga yang mengatakan Maryam dan Zainab. 

       Walaubagaimanapun, semua riwayat kisah isteri Tsabit ini adalah hampir sama di antara satu sama lain. Berdasarkan hadis yang dinyatakan sebelum ini, isteri Tsabit Bin Qais ini telah datang untuk berjumpa dengan baginda Nabi s.a.w. Lalu beliau berkata kepada rasulullah bahawa beliau tidak mengingkari suaminya kerana akhlak atau agama. Tetapi dinyatakan bahawa beliau benci kepada kekufuran dalam Islam. Kemudian Nabi s.a.w bertanya pula kepada isteri Tsabit tersebut adakah beliau sanggup untuk memulangkan kebun yang telah diberikan oleh Tsabit kepadanya semula. Isteri Tsabit sanggup memulangkan kebun tersebut lalu baginda Nabi s.a.w mengarahkan agar Tsabit menerima kebun tersebut dan menjatuhkan talak kepada isterinya.

        Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa syariat mengharuskan seorang isteri untuk menebus dirinya daripada ikatan perkahwinan dengan sesuatu nilaian harta tertentu. Dalam kisah isteri Tsabit ini, kebun yang disebutkan adalah merupakan mahar perkahwinan mereka yang diberikan oleh Tsabit kepada isterinya. 

        Tsabit Bin Qais merupakan seorang sahabat yang baik akhlaknya dan agamanya dan turut merupakan seorang khatib yang terkenal. Pernah menyertai beberapa peperangan bersama Nabi s.a.w dan turut diakui oleh baginda bahawa Tsabit akan masuk ke dalam syurga nanti. Oleh sebab inilah isterinya bukanlah membenci Tsabit kerana akhlak mahupun agamanya 

        Dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah dari Amru bin Syuib, badan Tsabit Bin Qais itu adalah berbau busuk dan perawakannya pula buruk dan menyeramkan. Oleh sebab itu isterinya bimbang akan menjadi derhaka kita berterusan bersama dengan Tsabit sebagai suami isteri. Hal inilah yang dimaksudkan sebagai kekufuran dalam islam iaitu bimbang terjadinya nusyuz dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran islam. Peristiwa inilah yang merupakan dalil kepada perlaksanaan hukum tebus talak yang pertama dalam Islam.


1.5 Kedudukan Tebus Talak

Bahagian ini akan membincangkan berkaitan kedudukan tebus talak atau khuluk sama ianya adalah pembubaran perkahwinan berbentuk talak ataupun fasakh. Sekiranya ianya adalah berbentuk talak, turut dibincangkan juga jenis talak sama ada ianya adalah talak ba'in ataupun talak raj'iy. 
       Perkara ini adalah kerana berlakunya perbezaan pandangan dalam kalangan para fuqaha. Kedudukan tebus talak atau khuluk ini penting untuk difahami kerana ia akan memberikan kesan yang berbeza kepada pembubaran perkahwinan tersebut mengikut kepada sudut pandang sesuatu hukum. 

2.8 Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Secara Tebus Talak

Iddah tiga kali suci bagi talak. Iddah satu kali suci bagi fasakh.