Tebus talak atau khuluk diberikan takrifan yang pelbagai oleh para ulama atau imam mazhab fiqh. Namun ianya tetap membawa kepada satu makna dan matlamat yang sama di sisi syarak. Takrifan yang akan dikemukakan ini adalah merujuk kepada mazhab fiqh yang utama.
- Mazhab Syafie:
- Imam syafie: Khuluk adalah perceraian dengan bayaran ganti melalui lafaz talak ataupun lafaz khuluk. Contohnya "Saya talakkan engkau, atau Saya khulukkan engkau dengan bayaran yang sekian" (al-Syazbini 1997)
- Imam Nawawi: Khuluk adalah perpisahan isteri dengan bayaran. (al-Nawawi t.t)
2. Mazhab Hanafi:
- Imam Abu Hanifah: Khuluk ialah menghilangkan pemilikan nikah dengan penerimaan oleh wanita (isteri) melalui lafaz khuluk atau perkataan lain yang membawa makna yang sama.
- Imam Malik: Khuluk adalah perceraian dengan bayaran ganti sama ada dibayar oleh isteri atau walinya atau selain daripada keduanya ataupun peceraian dengan lafaz khuluk (al-Zuhayli 1989)
4. Mazhab Hambali:
- Imam Hambali: Khuluk merupakan perpisahan di antara suami dan isteri dengan bayaran ganti atau balasan (I'wadh) yang diambil daripada milikan isteri atau orang selainya dengan lafaz yang khusus. (al-Zuhayli 1989)
Kesimpulannya, pembubaran perkahwinan secara tebus talak ini adalah dari pihak isteri dan disertai dengan sesuatu harta sebagai imbalan atau pampasan kepada suami kerana menjatuhkan talak ke atas dirinya.
No comments:
Post a Comment