01 August 2020

1.3.3 Sirah Nabawiyyah berkaitan tebus talak.

Kisah sirah nabawi yang ada di dalam Islam adalah berkaitan dengan perihal isteri Tsabit Bin Qais yang ingin menebus talak dirinya daripada Tsabit. Zaini Nasohah 2011 dalam kajianya meringkaskan kisah yang terjadi disebalik perlaksanaan hukum tebus talak melalui penelitian kepada hadis-hadis rasulullah s.a.w. Menurut pendapat orang Madinah isteri kepada Tasbit yang dinyatakan dalam hadis pensyariatan tebus talak atau khuluk tersebut bernama Jamilah Binti Salul. Bagi golongan Basrah pula nama isteri Tsabit tersebut adalah Habibah Binti Sahl. dalam riwayat lain ada juga yang mengatakan Maryam dan Zainab. 

       Walaubagaimanapun, semua riwayat kisah isteri Tsabit ini adalah hampir sama di antara satu sama lain. Berdasarkan hadis yang dinyatakan sebelum ini, isteri Tsabit Bin Qais ini telah datang untuk berjumpa dengan baginda Nabi s.a.w. Lalu beliau berkata kepada rasulullah bahawa beliau tidak mengingkari suaminya kerana akhlak atau agama. Tetapi dinyatakan bahawa beliau benci kepada kekufuran dalam Islam. Kemudian Nabi s.a.w bertanya pula kepada isteri Tsabit tersebut adakah beliau sanggup untuk memulangkan kebun yang telah diberikan oleh Tsabit kepadanya semula. Isteri Tsabit sanggup memulangkan kebun tersebut lalu baginda Nabi s.a.w mengarahkan agar Tsabit menerima kebun tersebut dan menjatuhkan talak kepada isterinya.

        Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa syariat mengharuskan seorang isteri untuk menebus dirinya daripada ikatan perkahwinan dengan sesuatu nilaian harta tertentu. Dalam kisah isteri Tsabit ini, kebun yang disebutkan adalah merupakan mahar perkahwinan mereka yang diberikan oleh Tsabit kepada isterinya. 

        Tsabit Bin Qais merupakan seorang sahabat yang baik akhlaknya dan agamanya dan turut merupakan seorang khatib yang terkenal. Pernah menyertai beberapa peperangan bersama Nabi s.a.w dan turut diakui oleh baginda bahawa Tsabit akan masuk ke dalam syurga nanti. Oleh sebab inilah isterinya bukanlah membenci Tsabit kerana akhlak mahupun agamanya 

        Dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah dari Amru bin Syuib, badan Tsabit Bin Qais itu adalah berbau busuk dan perawakannya pula buruk dan menyeramkan. Oleh sebab itu isterinya bimbang akan menjadi derhaka kita berterusan bersama dengan Tsabit sebagai suami isteri. Hal inilah yang dimaksudkan sebagai kekufuran dalam islam iaitu bimbang terjadinya nusyuz dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran islam. Peristiwa inilah yang merupakan dalil kepada perlaksanaan hukum tebus talak yang pertama dalam Islam.


No comments:

Post a Comment

2.8 Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Secara Tebus Talak

Iddah tiga kali suci bagi talak. Iddah satu kali suci bagi fasakh.