Selain dalil daripada ayat al-Quran menerusi surah al-Baqarah terdapat juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang menyentuh perihal tebus talak. Terdapat pelbagai periwayatan hadis baginda Nabi s.a.w mengenai tebus talak akan tetapi semuanya berkisarkan kepada kisah isteri Thabit Bin Qais yang ingin menebus dirinya daripada suaminya.
Riwayat dalam Sahih Bukhari:
- Dari Ibnu 'Abbas r.a., isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah saw. Ia berkata:
"Ya Rasulullah, Tsabit bin Qais saya tidak mencela budi-pekertinya dan agamanya. Saya tidak mahu kafir dalam Islam." Rasul bertanya: "Mahukah engkau mengembalikan kebunnya?" "Mahu," jawabnya. Maka Rasulullah saw. berkata kepada Tsabit: "Ambillah kembali kebunmu dan ceraikanlah ia satu kali." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1619]
Riwayat dalam Sunan Ibnu Majah:
- Mewartakan kepada kami Abu Kuraib, mewartakan kepada kami Abu Khalid Al-Ahmar dari Hajjaj, dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari kakeknya, dia berkata:
Bahwasanya Habibah binti Sahl adalah isteri dari Tsabit bin Qais bin Syammas. Dia adalah lelaki yang pendek lagi jelek. Habibah berkata: Wahai Rasulullah, demi Allah. Kalau tidak kerana takut kepada Allah, bila dia mengunjungi saya, tentu saya akan meludahi wajahnya. Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: "Apakah kamu akan mengembalikan perkebunannya kepadanya?" Dia menjawab: "Ya". Selanjutnya perawi berkata: Maka Habibah mengembalikan perkebunannya kepadanya -Tsabit". Selanjutnya, Rasulullah SAW. menceritakan keduanya. Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Hajjaj bin Arthah, dia itu mudallis dan mewartakannya dengan cara Muan'an. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 2057]
- Mewartakan kepada kami Az-har bin Marwan, mewartakan kepada kami 'Abdul-A'la bin 'Abdul-A'la, mewartakan kepada kami Sa'id bin Abu 'Arubah, dari Qatadah, dari Ikrimah, dari Ibnu 'Abbas, bahawasanya Jamilah binti Salul mendatangi Nabi SAW. Lalu dia berkata:
"Demi Allah, saya tidak mencela Tsabit dalam beragama, maupun berakhlak. Tapi saya membenci perbuatan kufur dalam agama Islam. Saya tidak mampu untuk memarahinya". Kemudian Nabi SAW. berkata kepadanya: "Apakah kamu akan mengembalikan perkebunannya kepadanya?" Dia menjawab: "Ya". Kemudian Rasulullah SAW. memerintahkan Tsabit untuk mengambil perkebunannya dari Jamilah, dan tidak ada tambahan -sama sekali-. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 2056]
Ini adalah antara hadis-hadis yang menjadi dalil kepada perlaksanaan tebus talak dalam Islam. Majoriti periwatan adalah berkenaan kisah isteri kepada Tsabit Bin Qais yang datang berjumpa dengan rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment