Muhammad Hafizuddin Bin Wahid dilahirkan pada 26 Januari di Seri Manjung Perak. Beliau
mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kg. Dato’ Seri
Kamaruddin dan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Izzuddin
Shah, Ipoh.
Seterusnya penulis memperolehi Diploma Syariah Islamiyyah
daripada Universiti Sultan Azlan Shah dan meneruskan pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang undang-undang dan perbandingan di
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penulis pernah menjalani latihan sebagai pelajar pelatih di
Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan juga turut mempunyai pengalaman selama 2
tahun dalam bidang pendidikan. Aktif dalam kegiatan pelajar dan kemasyarakatan sama
ada di peringkat universiti atau NGO luar. Penulis juga sering kali menyertai
program dan seminar undang-undang yang di anjurkan oleh pelbagai organisasi dan
badan berkaitan.
Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Undang-Undang
syariah dan juga mempunyai hasrat untuk menyebarkan pengetahuan berkaitan Undang-Undang
Syariah kepada masyarakat umum maka
penulis memulakan langkah pertamanya melalui penulisan buku ini. Semoga ianya akan
menjadi manfaat buat semua.
No comments:
Post a Comment